aku terlupa untuk bubuh perkara ni untuk penerangan kat penggunaan WS FTP pro. tapi takpe.. aku tanak campurkan dalam entri tu sebab aku takut korang tak paham lak nanti. kat entri ni aku akan terangkan penggunaan file permission (kebenaran untuk file) dengan menggunakan WS FTP pro.
untuk pengetahuan korang, penggunaan file permission ni boleh didapati didalam bahagian properties. ia digunakan untuk file yang biasanya digunakan untuk security dan pengubahan. dari apa yang aku tahu 755 ialah untuk default (korang takleh edit kat file) dan 777 ialah kuasa penuh dimana korang boleh edit ape2 di file tersebut. kalo ade kesilapan sila beritahu aku k.
Cara Penggunaan
langkah pertama korang perlu pergi ke directori dimana file korang simpan untuk membuat pengubahan. biasanya ia dibuat di bahagian themes sebab adakalanya theme yang korang download itu perlu ada pengubahsuaian sedikit. contohnya korang nak letak iklan, link, dan sebagainya.

langkah kedua korang perlu tickkan kesemua kotak untuk dapatkan 777 atau taipkan je 777 disitu. sila ambil perhatian. jangan lakukannya di kesemua directory korang sebab jika korang lakukan ia akan mengembirakan para hacker sebab senang nak pecah masuk directory korang melainkan di bahagian themes sahaja. aku ulang balik. di bahagian themes sahaja. dan jika sudah selesai mengubah sila 755 semula untuk menjamin keselamatan.

cammane nak carik directori themes tu..?
cara die ko double click sahaja pada directory dalam hosting korang tu. dan carik la sampai jumpe themes.
contohnya : blog/wp-content/themes/
so dengan kebenaran 777 ini korang boleh la mengubah atau menambah apa2 sahaja di kod theme korang. apa yang nak diubah dan ditambah itu bergantung pada korang. yg tu aku tanak amik tau.
kat mana nak ubah..?
sila pergi kat dashboard korang (dalam wordpress) dan klik pada presentation dan pilih theme editor. kat situ la korang akan buat pengubahsuaian. biasanya perkara yang diubah dan ditambah adalah di bahagian sidebar.php. so sila buat backup kod korang untuk menjamin keselamatan.
Leave Your Comment
12-5-2007 @ 11:28:33
patut lew aku xley update code tuh..
haha ! neway tenkiu2

12-5-2007 @ 11:41:17
hoho. terlupa lak
12-6-2007 @ 03:44:19
peewwitt !!
/
theme baru nampak !!
12-6-2007 @ 07:39:13
helo helo test…
12-6-2007 @ 07:42:54
test tes tes
12-7-2007 @ 07:01:52
alamak..sumer dah tukar…aku pun nak tukar laa…nak menggunakan yg bahasa melayu nyer…
12-7-2007 @ 06:20:41
hahaha.. silakan dgn segala hormatnya..
12-7-2007 @ 07:15:14
ei brader, kau tahu tak if kau gi www.harubiru.com kau akan dapat page dari internet-webhosting.com? aku rasa kau kene buang page tu dari website kau.
ni pun aku tahu kewujudan blog kau pun pas aku saje try2 letak blog selepas domain kau tu. tu pasal aku sampai sini.
12-7-2007 @ 09:59:43
yep…. aku tau tu.. aku tgh design lagi splash page n aku lum bukak lagi blog aku ni sepenuhnya. theme ni pun tak siap 100% lagi. kang dah siap sepenuhnya aku akan umumkan..
12-11-2007 @ 11:09:27
blog sye da siapp
terime kaseh cikgu
camne la bentok rupe www.harubiru.com
mst gempaq..
awuuuuuu
12-11-2007 @ 11:58:51
huhu… same2…
12-14-2007 @ 11:27:18
Wah.. memang ramai berguru dengan shadow_X ni. Tak sia2 aku sampai sini. Jemputlah melawat ke blog newbie macam aku nie.
/
12-14-2007 @ 12:13:58
insyallah nanti aku jeguk..
12-23-2007 @ 07:30:40
aku ada downlaod smartFTP client,,,ini ker bende nye,,
aku download jerk ari tuh,,sbb kwn aku ada kata pasal FTP,,tp aku lom explore lagi sbb aku still ehem, voodoo~
lagi dlm arena blogging nih~
12-23-2007 @ 07:56:58
takpe.. ade mase nanti ko xplore a