mungkin ada sesetengah korang yang masih baru berjinak2 dengan dunia blog masih tidak mengenali nama software ni. untuk pengetahuan korang software ni digunakan untuk menyimpan (upload) apa2 data dari pc korang ke dalam hosting dan juga memuat turun (download) data dari hosting korang ke pc dengan lebih mudah dan pantas. jika korang tiada software ini, jangan risa. aku dah uploadkan untuk korang download. sila click tuk download.
sudah pasti korang dah biasa upload dan download di laman2 web yang menawarkan perkhidmatan ini seperti photobucket, myspace, youtube dan sebagainya. untuk pengetahuan korang sistem yang digunakan adalah sama tetapi dengan menggunakan software ni korang ada sedikit kelebihan dimana korang boleh uploadkan 1 folder sekali berbanding dengan laman web yg menawarkan perkhidmatan tersebut dimana korang hanya boleh upload satu persatu.
kebiasaanya mereka yang menggunakan software ini adalah mereka yang memiliki hosting sendiri iaitu hosting yang berbayar kerana ia memang memudahkan kerja mereka dari segi upload, download, pemindahan data dan membuat backup. ada juga sesetengah laman web yang menyediakan sistem FTP ini. tetapi korang pun pahamkan apa maksud “FREE” dimana kadang2 ada sahaja masalah yang dihadapi.
bagi mereka yang belum pernah menggunakan software ni aku harap korang baca dan pahamkan sebab ia memang membantu korang.
Pengenalan Penggunaan
seperti yang korang lihat, korang diberikan dua bahagian iaitu bahagian dikiri ialah bahagian simpanan dari pc korang. manakala dikanan ialah bahagian simpanan dari hosting korang. untuk mengakses ke bahagian hosting korang perlulah login untuk memasukinya.
Bagaimana Nak Login?
disini aku akan ajar korang bagaimana nak login mende alah ni. pertama sekali korang perlu pergi ke menu dan pilih file kemudian pilih connect dan pilih connection wizard. file—-> connect—–>connection wizard

kemudian satu tetingkap akan keluar dimana korang perlu mengisi nama laman domain atau nama laman korang. contonya seperti “web aku” atau apa2 sahaja yang berkaitan sebagainya.

setelah selesai sila tekan next.
kemudian korang perlu memasukkan url atau address laman web korang. contohnya www.harubiru.com atau yang menggunakan subdomain sila isi dengan penuh nama subdomain yang diberikan pada korang. contohnya www.subdomain.harubiru.com.

dah isi..? tekan la next.
then pastu kuar lagi satu tetingkap dimana korang perlu mengisi pula username dan password. byk tul langkah die . korang jangan risau. korang buat mende ni sekali je.

dah siap isi..? tekan lagi next.
pastu cam biasa. kuar lagi tetingkap baru dimana korang tak perlu buat ape2 selain menekan butang next. ia akan digenerate secara automatik iaitu di kotak connection type akan dipilih sebagai FTP

dah selesai..? belum lagi.. ade satu lagi tetingkap yang terakhir.

kat sini korang perlu memastikan bahawa nama laman web, address laman web, username dan password adalah betul. jika terdapat kesalahan sila tekan back semula dan buat permbetulan dan jika tiada apa2 kesalahan sila tekan finish. ade lagi ke..? dah abis pun… selepas korang tekan butnag finish tadi tu sila pastikan korang rendahkan volume pc korang sebab korang maybe akan terkejut kerana bunyi software ni ketika masuk ke dalam hosting korang.
ok selesai sudah login ke hosting korang kini korang perlu buat 1 lagi perkara iaitu korang perlu pergi ke bahagian option untuk membuat kerja sedikit kat situ.
yang ni butang option.
kemudian sila tickkan perkara dibawah ini dan kemudian tekan ok.

ok dah selesai.
ini ada sedikit penerangan mengenai icon di software ni. aku harap korang paham dan amalkan penggunaanya.

seberang pertayaan adalah dialu2kan dan aku harap korang paham dengan penerangan skema aku ni..
untuk pengetahuan korang terdapat banyak lagi software yang menyediakan perkhidmatan seperti. korang akan tahu jika korang explore sendiri. antara yang aku suka dan selalu pakai ialah filezilla.
Leave Your Comment
12-5-2007 @ 11:26:54
feewwitt !!
/
/
tenkiu for the tutor…aku daa bole login da !
12-5-2007 @ 11:40:19
wokeh cun
12-14-2007 @ 11:16:45
Bagus tutorial ni. Tapi aku guna Filezilla. Mungkin boleh refer tutorial ni bila aku guna WS FTP PRO
12-14-2007 @ 12:12:55
tapi bagi aku lagi sonok pakai filezilla. lagi laju.
1-27-2008 @ 08:38:46
Salam..Kalau guna wordpress..boleh tak?saya pakai celcom broadband…minta bantuan
1-27-2008 @ 08:40:41
filezilla??macam mana nak guna…saya pakai wordpress..TYapi dah 3 hari tak boleh buat..tak menjadi..kenapa…minta tunjuk ajar step by step
1-27-2008 @ 09:33:42
bole je… ape kene mengena maxis broadband ngan wordpress?
filezilla lebih kurang je penggunaanyer dgn ftp ni.. ok.. ape yg ko tak jadi buat?
8-12-2008 @ 06:51:43
saya belajar buat wordpress tapi gagal sikit sebab tak faham…
azura’s last blog post..pelik pulak rasanyer