Perfect World Online

Bagi peminat game online aku rase name game ni belum asing lagi buat korang sebab rata2 ramai yang dah mencuba main game online ni. termasuklah aku. bagi yang masih belum mengenali game online ni meh aku kenalkan. untuk pengetahuan korang game ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas tak silap aku dan telah memenangi beberapa anugerah semenjak pelancaranya. game ni juga adalah salah satu game yg amat panas popular buat masa ni selain game online seperti Hero online, Flyff, Lineage2 dan sebagainya.

Dari segi permainan, game ini sama seperti game online2 yang lain yang menggunakan sistem RPG atau Role Playing Game dan berkonsepkan fantasy. bagi korang yang pernah main game Final Fantasy, ia memang banyak persamaan seperti magic, sistem battle, leveling dan sebagainya. apa yang membezakan game ni dengan game online lain adalah dari segi grafik dan story line dimana pemain dihidangkan dengan grafik yang memang menarik (bergantung pada grafik kad pc) dan sound effect yang memang mengangumkan. Selain itu juga game ni menyediakan pelbagai kegunaan untuk pemain seperti flying tool, pet tool, upgrade tool dan sebagainya.

apa yang menarik perhatian aku mengenai game ni adalah pemain akan dibahagikan kepada 3 jenis kelas iaitu kelas human (manusia), werewolf (serigala jadian), dan elf (makhluk halus). setiap kelas mempunyai 2 jantina yang berbeza dimana pemain boleh membuat pemilihan watak dan yang paling menarik pemain boleh mengubah suai personaliti dan bentuk wajah, badan, rambut, mata dan sebagainya disitu. ia dapat membezakan antara pemain2 lain.

mengenai sistem quest pula, tak banyak perbezaan dengan game online lain dimana pemain sering kali berhadapan dengan pelbagai misi membunuh raksasa, mengumpul barang dan sebagainya. bagi sistem skill pula tidak beberapa menarik kerana pemain perlu mencapai level dan tahap kaum yang bersesuai untuk mempelajari dan menambah skill. ia agak membosankan bagi aku kerana tidak dapat menggunakan sepenuh skill yang ada seperti game online yg lain.

timbul persoalan di fikiran aku adakah game ni betul2 perfect seperti namanya..? bagi aku tidak sebab masih ada game online lain yang jauh beza grafik berbanding game ni seperti aion dan rohan online yang memang aku nanti2kan untuk aku main.

anyway sekarang ni aku baru sahaja level 15 werefox dengan pet lvl 14 selama aku bermain game ni dari mlm semalam dan maybe akan terus bermain untuk mencapai level yang lebih tinggi. jika diantara korang yang bermain game ni jangan lupa add aku sebagai kawan nanti. nickname aku GirlComey.

nak tgk cammane game die..? meh layan video ni

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

laman web rasmi : perfect world oficial site

download client : mmosite perfect world client (file size : 2.21GB)

Leave Your Comment

  1. crazychildz
    crazychildz Says:
    12-8-2007 @ 02:16:59

    hehe..sori la bro, aku x reti men gem RPG ni, dulu aku de gak men FF, 2 pon separuh x smpi..:”>

  2. wan MU
    wan MU Says:
    12-8-2007 @ 09:16:38

    che che..siap preview lagi.. :d
    tp bagus r ..

  3. admin
    admin Says:
    12-8-2007 @ 05:12:35

    hehe..sori la bro, aku x reti men gem RPG ni, dulu aku de gak men FF, 2 pon separuh x smpi..:”>

    ceh.. FF senang je aku abiskan.. :)>-

    che che..siap preview lagi.. :d
    tp bagus r ..

    ahhaa.. preview tu dah semestinya… :)>-

  4. gie
    gie Says:
    12-8-2007 @ 09:55:02

    2GB tu…hahaha

  5. admin
    admin Says:
    12-9-2007 @ 05:12:40

    2GB tu…hahaha

    ok la tu 2GB.. dari game yg ade aku download dulu 4GB uhuhh

  6. barlow
    barlow Says:
    12-11-2007 @ 03:12:08

    game sesaje ko ni

  7. admin
    admin Says:
    12-11-2007 @ 03:13:42

    game sesaje ko ni

    hoho.. itu dah semestinya untuk menghilangkan bosan :)>-

  8. Xeffas
    Xeffas Says:
    1-20-2008 @ 06:50:38

    tes . . 8-|

  9. Xeffas
    Xeffas Says:
    1-20-2008 @ 06:52:47

    admin.. mintaq beginer guidenya donk..

    lepel 1-10 tuh hunt dmana ? questnya tu apa aja ?

    trus char paling bagus buat pe ve pe apaan yaqz ?

    huehuehueeee :d

  10. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    1-20-2008 @ 09:20:30

    admin.. mintaq beginer guidenya donk..

    lepel 1-10 tuh hunt dmana ? questnya tu apa aja ?

    trus char paling bagus buat pe ve pe apaan yaqz ?

    huehuehueeee :d

    erk… berminat tuk main ke..? erm.. mengenai class tak bape pasti mane yg bagus sbb setiap karakter ade keistimewaan tersendiri. pada suggest aku baik ko main summoner. leh summon binatang. hak2.

    quest lak pe kate ko usha page PW kat mmosite. situ ade keterangan mengenai quest die :)>-

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »