Super Dancer Online Extreme

sdox

berita baik untuk peminat super dancer online (SDO) kerana game terbaru SDO telah dilancarkan baru-baru ini dengan nama super dancer online extream (SDO-X) setelah berbulan-bulan lamanya SDO menyepi diatas sebab-sebab yang tak di ketahui.

untuk pengetahuan pada korang yang belum pernah mendengar name game ni atau yang pernah main game ni tapi tidak mengerti mengapa game ni tidak boleh dimain lagi pada bulan-bulan sebelumnya. ini kerana game ni telah ditutup sesi permainannya pada bulan April yang lepas. aku juga adalah salah seorang peminat game ni dimana selalu juga aku main ketika menuntut di Politeknik dulu. pada bulan April yang lepas tiba-tiba sahaja sesi permainan ini telah dihentikan. tiada seorang pun yang mengetahui mengapa ia ditutup dan bila tarikh keluaran semula. antara degus-degus yang aku dengar company yang mengendalikan game ini telah bankrup dan bermacam-macam lagi. nak dikatakan bankrup takkan lah sebab ramai yang main game ni dan pulangan yang diorang dapat pun boleh tahan. tapi apa-apapun tahniah sebab ia telah kembali mengembirakan ramai peminat game ni yang tertunggu-tunggu. termasuklah aku.

dari aku sebagai peminat game ni

sering juga aku belek-belek di mmosite, yahoo dan google mengenai perkembangan game ni pada bulan-bulan yang lepas namun tidak menemui info yang berguna sehinggakan aku putus asa mencari game ini walau di china dan thailand ada menerbitkan game ni. tapi sapa la yang naik main game dan lagu keluaran china dan thailand dimana tak paham pun game tu dan lagu yang dimainkan pun tak berapa paham melainkan mereke yang memang minat lagu dan paham penggunaan bahasa di dalam game tu. pada 2 hari yang lepas aku telah menemui satu alternatif di FAQ laman web lama SDO dimana ada kemunculan baru di laman web XDO.com.my dan tanpa membuang masa aku pergi ke laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut. betapa gembiranya aku bile mengetahui game ini telah diterbitkan semula.

namun hati aku kecewa sedikit kerana kelajuan memuat turun game ni terlalu perlahan dan aku mengambil masa 3 hari untuk siap memuat turun dan aku hampa file yang aku download tersebut tidak boleh diinstall pada laptop aku. bukan disebabkan laptop aku tidak dapat menampung game tu, tapi aku rasa file tersebut telah rosak. tapi aku tak putus asa dan aku usha balik web tersebut dan menemui jalan lain untuk memuat turun client game ni. dan berita baik untuk korang. web yang aku jumpa untuk memuat turun game ni memang mempunyai kelajuan yang agak tinggi dan merupakan laman web game kegemaran aku. ianya adalah mmosite.com

info mengenai game ini

game SDO-X ini adalah game yang pernah popular pada masa dulu dengan nama SDO. game SDO-X ini menyerupai game 02jam, audition dan streethigh5 dimana pemain akan menggunakan keyboard atau dancing pad untuk dimain. apa yang menarik pada game ini adalah grafik yang digunakan memang cantik dan ia menggunakan konsep menari dimana karektar pemain akan menari mengikut rentak lagu dan pencapaian pemain menekan pada button yang disediakan mengikut lagu.

lagu yang disediakan juga amat menarik dan sesuai didengar. tidak seperti o2jam yang rata-rata lagu yang disediakan adalah format mono. manakala game SDO ini menyediakan format lagu real tone.

gambar rajah mengenai game ini

gambar-gambar yang diletakkan disini diambil pada SDO china oleh kerana SDO yang baru ni aku belum selesai lagi memuat turun dan insyallah jika aku dah start main aku akan siarkan disini.

image 1

image 2

layan video lak.

video ini diambil dari SDO China

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

SDO lama sebelum ditutup pada bulan April

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

official site : xdo.com.my
download client : mmosite sdo extreme client file size 1.79 GB (need register for download)
developer : 9you.com
company : CIB net nation sdn.bhd

Leave Your Comment

  1. crazychildz
    crazychildz Says:
    12-14-2007 @ 08:33:09

    fuh.. bru bpe ari aku x on9, ko da buh mcm2 haa..:o

  2. admin
    admin Says:
    12-14-2007 @ 11:04:32

    fuh.. bru bpe ari aku x on9, ko da buh mcm2 haa..:o

    hahaha.. biase a.. :)>-

  3. aman
    aman Says:
    12-15-2007 @ 09:53:58

    aku dah lama tinggalkan game online

  4. gie
    gie Says:
    12-16-2007 @ 12:57:20

    aku try download k…

  5. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    12-16-2007 @ 02:57:56

    aku dah lama tinggalkan game online

    hoho. aku takde mende nak wat kat umah. main game je jawabyer.. lagipun tu sbg menghilangkan tension aku. hoho

    aku try download k…

    ko minat ke main game ni gie?:-?

  6. gie
    gie Says:
    12-16-2007 @ 09:41:29

    tak minat pun lagi..aku minat sedut je..semalam dah habis pun download..aku lupe nak bagitau..hehe…

  7. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    12-17-2007 @ 12:28:02

    tak minat pun lagi..aku minat sedut je..semalam dah habis pun download..aku lupe nak bagitau..hehe…

    huhu.. tau a server tempat ko laju.. [-(

  8. wan
    wan Says:
    12-18-2007 @ 12:11:03

    ermm best ke game ni acul?
    ko ada main ke?

  9. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    12-18-2007 @ 06:12:59

    ermm best ke game ni acul?
    ko ada main ke?

    yap best dan aku tgh main skrg nie :)>-

  10. kax
    kax Says:
    1-16-2008 @ 12:35:42

    mmg best gme nie..ari tu mse dota tournement kat perak dier bukak booth..syok!…syg tak le main…huhu…blela nk cuti..acul best2!..

  11. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    1-16-2008 @ 02:04:30

    mmg best gme nie..ari tu mse dota tournement kat perak dier bukak booth..syok!…syg tak le main…huhu…blela nk cuti..acul best2!..

    yap. dieorg wat road tour kat situ. kalo kat area shah alam dah lame aku gi. member aku ade gi sane. byk gak item diorg dpt. jeleos2. :-w

  12. Da0^Ag_N3iji
    Da0^Ag_N3iji Says:
    9-5-2008 @ 05:34:23

    hmm….apa nick korang lam sdo-x ni…meh add aku…Da0^Ag_N3iji

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »