
panas gak tajuk aku kali nie. tak pernah-pernah aku nak complain pasal isu-isu camni. mula-mula tu aku buat tak kisah je. buat macam tak berlaku tapi lama-lama tension gak aku dibuatyer. ape masalah yang ditimbulkan oleh YouthSearch nie…? mesti korang tertanya-tanyakan..? sebelum tu biar aku terangkan ape itu YouthSearch08 dahulu. YouthSearch 08 adalah singkatan kepada Malaysian Dotcom Youth Search 2008 yang telah dianjurkan oleh Youthmalaysia.com baru-baru ni untuk memilih pemenang vote terbanyak pada web atau blog yang berdaftar. Ia diadakan pada bulan lepas (Dec 2007) kalau tak silap aku (kalau salah sila betulkan eh) dan ramai juga peserta yang bertanding termasuk lah aku. kalau korang lihat disana memang banyak website atau blog yang berdaftar untuk mendapatkan tempat pertama kerana hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Pada hari ini pemenang telah diumumkan dan aku masih tidak tahu sape yang menang sebab ada kelas pada hari ni.
apa yang mendukacitakan aku adalah ianya dibuat pada hari jumaat dimana ramai yang bekerja dan ada kelas bagi mereka yang diuniversiti dan kolej. termasuk la aku gak. bukankah lagi elok dibuat pada hari sabtu ataupun hari ahad…? aku rasa memang ramai yang tak dapat pergi. termasuk la aku. kalau diikutkan hati memang teringin nak pergi sebab nak memeriahkan lagi majlis dan berjumpa kawan-kawan blog aku. tapi apakan daya, hari tak mengizinkan.
mengenai perkara yang aku tak puas hati adalah pihak YouthSeach08 menyiarkan email para peserta yang bertanding secara umum dan mulalah terjadinya spam. aku rasa ramai jugak yang kene bukan dan ramai juga yang mengadu. termasuk la aku jugak. baru sahaja tadi aku buka email aku, dan didapti terlalu banyak email dari YouthSearch08 dan kesemuanya adalah spam. apa yang dah terjadi ni…? adakah ini matlamat atau sebab pihak YouthSearch menyiarkan email peserta…? bukankah email peserta yang bertanding sepatutnya dibiarkan private. bukankah itu lebih memadai dan jika ingin menyiarkan pun biarlah berpatutan bagi mengelakkan spam yang berleluasa.
bagi aku, perkara ni memang sakit hati sebab tak pernah-pernah lagi email aku kene spam dan kali ni terjadi dan memang banyak spam yang aku terima. tolong lah… aku taknak dah tengok spam2 ni. menyampah lak aku tengok. nak ke aku PAM kepala korang yang buat SPAM nie…? menyusahkan orang je.
MSJBOX FAMILY DAY 08

baru-baru ni bro Junaidix ada membuat perancangan untuk mengadakan hari keluarga 2008 di Teluk Kemang Negeri Sembilan pada bulan Februari 2008. bagi korang yang masih tak tahu lagi pekata korang baca artikel yang aku rembat dari blog bro Junaidix. mane la tahu korang teringin nak pergi. leh la memeriahkan lagi suasana.
Msjbox Family Day 2008 merupakan aktiviti rasmi Msjbox pertama untuk tahun 2008. Tema “family” dipilih kerana dirasakan sesuai untuk melambangkan keakraban dikalangan warga Msjbox sekalian.
Matlamat utama event ini pun masih sama, untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dikalangan warga Msjbox dan blogger-blogger yang berkelapangan untuk turut menyertai event ini.
Msjbox Family Day 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.
ok… pada sape2 yang nak menurut serta, sila-sila la ke blog bro Junaidix untuk memberitahu. dan bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat mengenainya sila pergi ke sana jugak sebab malas pula aku nak copy semua artikel die. dah la tak mintak izin lagi. huhu… oh ye… aku pun akan turut serta pada Family Day ni bersama beberapa kawan aku. Sape-sape yang nak ikut dan tidak mempunayi kenderaan korang leh tumpang aku (yang berhampiran ngan aku je)
pergi usha Blog bro Junaidix - Family Day 2008
Leave Your Comment
1-20-2008 @ 07:09:20
ramai ke kwn ko yg join tumpang dua kaki dgn ko?
aku takut aku menyenak jerk nanti…
1-20-2008 @ 08:56:54
takde ah.. wat mase ni baru je 2 org. kalo nak join a skali
1-20-2008 @ 12:01:18
Msjbox ni mcm shoutmix yg menang youthsearch tu kan
1-20-2008 @ 04:56:10
huhu…hang bermalam kat situ ker.. atau balik?
1-20-2008 @ 05:53:36
ape yg sameyer..? service yg diberi ke..? kalo yg tu same… msjbox ni ramai org kita yg pakai
erm.. taktau lagi… maybe balik hari kot sbb taktau a member aku tu. tapi kalo ko nak bermalam kat situ aku ngan member aku follow je..
1-21-2008 @ 01:09:50
acul~
erm,,nak kene bayor berapa?
1-21-2008 @ 01:25:51
erm.. ko bayar aku rm2 je tuk bayaran kpd junaidix. bayar kat aku kat sane je nanti
minyak kete, tol kite tong2 k..
1-23-2008 @ 01:58:37
ok2,,,
aku nak bwk dak yg pakai blog bloodybasket, tapi dia blom bagi jwpn,,tapi kalau dia tak dpt,,aku bwk budak yg pakai blog just-aidil [dia confirm dpt dia kata]
tapi confirm lah aku bwk sorang,,,ya a au,,,ok ok,,tong..
tong..tong tong
1-25-2008 @ 11:03:19
Mmmm… macam menarik jer trip PD nih.
1-26-2008 @ 05:58:39
ok cun… nanti pe2hal kontek aku
nak join ke..? meh a
1-28-2008 @ 10:28:51
smue laki ke pergi huhhu
1-29-2008 @ 07:15:24
pompuan pun ade la.. ish2… dah name pun family day.. mix2 la
2-1-2008 @ 01:04:16
quote comment=”414″]
ok cun… nanti pe2hal kontek aku
nak join ke..? meh a
SYIA~ meh le join sekaki,dua kaki ke,
“
meh le join,,
dpt jumpa,,tu pun kalau sudi,
2-1-2008 @ 01:25:17
SYIA~ meh le join sekaki,dua kaki ke,
\”
meh le join,,
dpt jumpa,,tu pun kalau sudi,
hahaha. tu langkah2 nak ngorat tu.. jage2 syia