apa itu vector art?

main

mungkin ramai juga yang ingin mengetahui ape itu vector art bukan…? vector bukanlah sebuah kereta, makanan atau sebagainya tetapi vector adalah salah satu sebahagian daripada art dan design. vector art biasanya digunakan untuk mempuat poster, iklan, laman web dan packaging atau ia lebih sesuai dipanggil gambar ilustrasi iaitu gambar 2D atau gambar kartun.

ramai juga yang salah anggap vector ni adalah gambar kartun sahaja tetapi ianya adalah lebih sesuai dipanggil gambar 2D. kebiasaanya vector ini dibuat daripada perisian adobe illustrator ataupun adobe photoshop. bagi aku penggunaan perisian adobe illustrator adalah lebih sesuai untuk membuat vector kerana ia lebih kena dengan maksud vector itu. vector bermaksud image atau illustrasi yang boleh dikecilkan, dibesarkan megikut kesukaan pereka berlainan pula jika dibuat melalui adobe photoshop dimana image tersebut terhad dimana pereka tidak boleh mengecilkan bawah dari 50% dan membesarkan atas dari 50% atau ia lebih sesuai dikenali sebagai raster image.

meh aku beritahu lebih lanjut lagi mengenai raster image dan vector image ni.

vector image biasanya dibuat daripada line, point, poligon atau geometrik untuk membentuk image untuk menghasilkan sesuatu image manakala raster image dihasilkan melalui pixel yang kebiasanya digunakan didalam gambar atau lebih dikenali sebagai bitmap.

apa yang membezakan adalah dari segi kualtiti gambar tersebut dimana jika vector image dibesarkan atau dikecilkan kualitinya tidak akan terjejas berlainan pula dengan raster image. dibawah adalah contohnya.

1

vector art semakin banyak digunakan pada hari ini dimana kita sering kali melihat dimana-mana sahaja seperti di tepi jalan, media pengiklanan, laman web, penyiaran, majalah dan banyak lagi. ini kerana dengan menggunakan vector image sesuatu yang ingin disampaikan itu lebih menarik dan lebih mudah difahami.

Antara Contoh Visual Yang Menggunakan Vector Image

3
poster - by joxerjen

4
packaging - by BluBOO

5
corporate - by rayzong

5
advertising - by SE-s500i

Bagaimana nak hasilkan vector ini…?

jika korang berminat untuk mempelajari bagaimana nak menghasilkan vector art ni korang boleh la melayari website-website yang menyediakan tutorial untuk menghasilkan vector art ini seperti di www.pixel2life.com atau deviantart.com dimana disitu memang laman web yang bagus untuk korang belajar.

kat sini aku ada sertakan sekali contoh vector yang aku buat melalui adobe illustrator dan laman web tutorial. web tutorial ini hanyalah contoh penggunaan pentool untuk membuat vector dan jika korang nak menghasilkan sesuatu artwork yang berkualiti dan menarik korang perlu menghabiskan masa yang banyak untuk menyiapkan satu artwork. sebagai contoh vector angelic layer yang aku buat tu mengambil masa 2 hari tanpa berhenti untuk menyiapkannya.

tutorial membuat vector art (adobe photoshop)

tutorial membuat vector art (adobe illustrator)

Perhatian : artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahun aku selama aku belajar mengenai art & design ini. jika terdapat kesalahan sila-sila la betulkan aku ok… yang buruk tu datangya dari aku dan yang baik tu datangnya dari allah s.w.t

Leave Your Comment

  1. Azhar Ahmad
    Azhar Ahmad Says:
    2-12-2008 @ 01:03:47

    Hahhaha, tau buat jer benda alah tu, tapi tak tau nama… Thx for da info….

  2. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-12-2008 @ 01:23:22

    Hahhaha, tau buat jer benda alah tu, tapi tak tau nama… Thx for da info….

    haha.. dulu aku pun same gak.. tau buat je.. same2 bro.. harap ko dpt memahami ape yg aku merepek kat atas tu :))

  3. megat
    megat Says:
    2-12-2008 @ 01:34:16

    dah lama juga aku dok belajar buat vector ni tapi tak menjadi lak. maklum la baru nak kekenal. lambat & tak konsisten. aku lebih pada programming tak tau pasal design2 nie eheh.

    well aku harap ko bayk beri tunjuk ajar pasal design ni eheh. Thanks for the good info ;)

  4. shida
    shida Says:
    2-12-2008 @ 01:57:55

    best! best! cam br masuk skolah balik. thanks 4 e info :d/

  5. n3dmax
    n3dmax Says:
    2-12-2008 @ 03:38:51

    hmm..thnx 4 da info…lme gle x mghsilkan vector nih…kaku dah kot tgn nih…huhuhuhu..ko pkai wacom x???

  6. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-12-2008 @ 08:16:36

    dah lama juga aku dok belajar buat vector ni tapi tak menjadi lak. maklum la baru nak kekenal. lambat & tak konsisten. aku lebih pada programming tak tau pasal design2 nie eheh.

    well aku harap ko bayk beri tunjuk ajar pasal design ni eheh. Thanks for the good info ;)

    ok a tu dari aku proramming 1 mende pun taktau… :)

    best! best! cam br masuk skolah balik. thanks 4 e info :d/

    uhu…. ade pulak mende ni kat skolah erk :-?

    hmm..thnx 4 da info…lme gle x mghsilkan vector nih…kaku dah kot tgn nih…huhuhuhu..ko pkai wacom x???

    wacom? mende tu?

  7. n3dmax
    n3dmax Says:
    2-12-2008 @ 10:30:04

    aku pun bru lgik ngn bnde alah nih..wacom ni sjnis papan lukis..tpi die elektronik…tau lbih lanjut ko leh cek kt sini..

  8. deennasour
    deennasour Says:
    2-13-2008 @ 01:19:02

    owh,,pak cik baru tahu~
    aku ingat vector tu kartun anime semata2….
    erm,,ko bia betul,buat vector tak henti dlm masa 2 hari?????
    boleh kurus ko ni~
    ko dah kurus ek?

  9. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-13-2008 @ 01:33:54

    aku pun bru lgik ngn bnde alah nih..wacom ni sjnis papan lukis..tpi die elektronik…tau lbih lanjut ko leh cek kt sini..

    oh yeke… takpe.. nanti2 a aku jenguk

    owh,,pak cik baru tahu~
    aku ingat vector tu kartun anime semata2….
    erm,,ko bia betul,buat vector tak henti dlm masa 2 hari?????
    boleh kurus ko ni~
    ko dah kurus ek?

    huhu.. byk a ko.. nak buat mende ni bukan kejap.. letih wo…

  10. azwanhadzree
    azwanhadzree Says:
    2-13-2008 @ 01:57:22

    aku tak tau benda-benda ni :(
    kau buat kan satu untuk aku? brapa kau charge :)

  11. syia
    syia Says:
    2-13-2008 @ 06:53:14

    cantiknye tapi syia confirm tak sabar nak buat

  12. Awangku Yusli
    Awangku Yusli Says:
    2-13-2008 @ 09:38:00

    Aku belajar pasal vector art ni waktu belajar Macromedia Flash & Fireworks dulu. Sekarang ni dah kurang dah guna software tu.. kecuali Fireworks laa.. tapi tu pun mostly edit gambar jer. Nak create art baru, so far belum ada lagi yang nak dibuat. Kecuali logo pasukan netball lelaki aku. Hehehehe.. Tu nanti bila dah launch aku letak kat blog aku.

  13. catzer
    catzer Says:
    2-13-2008 @ 02:52:02

    yg aku fhm bile vector tu maksudnya resolusinya tinggi dan bile kita mahu print dlm size yg besarpun pic tu kan pecah2. :d

  14. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-13-2008 @ 07:50:54

    aku tak tau benda-benda ni :(
    kau buat kan satu untuk aku? brapa kau charge :)

    erk… skrg ni aku tak amik mane2 upah. busy a.. sorry a bro

    cantiknye tapi syia confirm tak sabar nak buat

    haha.. yeke..? gi usha tutorial tu.. senang je nak paham penggunaanyer

    Aku belajar pasal vector art ni waktu belajar Macromedia Flash & Fireworks dulu. Sekarang ni dah kurang dah guna software tu.. kecuali Fireworks laa.. tapi tu pun mostly edit gambar jer. Nak create art baru, so far belum ada lagi yang nak dibuat. Kecuali logo pasukan netball lelaki aku. Hehehehe.. Tu nanti bila dah launch aku letak kat blog aku.

    oh yeke…aku fireworks skit2 je tau.. jarang skit pakai. lagi suka pakai photoshop

    yg aku fhm bile vector tu maksudnya resolusinya tinggi dan bile kita mahu print dlm size yg besarpun pic tu kan pecah2. :d

    yap.. meh aku betulkan ayat ko… “print dlm size yg besarpun pic tu takkan pecah” :)>-

  15. ted
    ted Says:
    2-13-2008 @ 09:09:51

    adobe photoshop pun tak mahir lg n takde masa nak emmahirkan diri.hehe.

    nway aku suka info pasal komputer ni..hehe

  16. Aisyah
    Aisyah Says:
    2-14-2008 @ 01:09:14

    wee! I love love love doing vectors. tp last year langsung x bwat. busy. huhu.

  17. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-14-2008 @ 06:13:04

    adobe photoshop pun tak mahir lg n takde masa nak emmahirkan diri.hehe.

    nway aku suka info pasal komputer ni..hehe

    aha… takpe.. mende ni bile2 leh blajar :)>-

    wee! I love love love doing vectors. tp last year langsung x bwat. busy. huhu.

    ya2.. me 2 :x. alahai cianyer.. year ni dah freekan? leh a wat byk2 :)

  18. affuan
    affuan Says:
    2-14-2008 @ 07:05:05

    waa.. lawa.. lawa.. buatkan aku header satu. :d

  19. Mira
    Mira Says:
    2-14-2008 @ 11:02:57

    Vector!! Memerlukan tahap kesabaran yg sangat la tinggi kalo nak dpt hasil yg baik. penah wat skali je, tp buruk sungguh. huhu~ thanks for the tutorial links. might be helpful someday. skarang xleh nk explore coz too busy with study + exam. :((

    Oh ye, Vectors yg Aisyah buat cun giler! :x I visited her flickr account.

  20. menteil
    menteil Says:
    2-16-2008 @ 02:10:16

    owhh… yer ker???
    aku memang minat art & design nie…
    malangnya xberbakat…

  21. kita
    kita Says:
    2-18-2008 @ 10:36:24

    nak belajar design-design ni kena ada minat n daya kreatif yang tinggi…kalau ada minat tapi tak kreatif susah gak..kalau ada kreatif tapi tak minat tak menjadi jugak..so sama-sama lah kita fikir…(ayat nabil)

  22. shadowX_19
    shadowX_19 Says:
    2-18-2008 @ 11:54:38

    owhh… yer ker???
    aku memang minat art & design nie…
    malangnya xberbakat…

    bakat bukan penghalang tuk berjaya. kalo ade usaha yg gigih pun leh kalahkan org yg berbakat.

    nak belajar design-design ni kena ada minat n daya kreatif yang tinggi…kalau ada minat tapi tak kreatif susah gak..kalau ada kreatif tapi tak minat tak menjadi jugak..so sama-sama lah kita fikir…(ayat nabil)

    yes.. aku sokong ngan pendapat ko :)>-

  23. taupoyz
    taupoyz Says:
    11-8-2008 @ 08:51:07

    articles yang cukup bagus… boleh dikongsi untuk di jadikan ilmu dalam bidang design and art…thank 4 info…good luck ..

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »