
hari ini 17 Feb 2008 berakhirla sudah hari Family Day yang dianjurkan oleh MsjBox di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam bermulanya pada 16 Feb 2008 sehingga la hari ini. Tujuan Family Day ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi keakraban antara pengguna Msjbox, ahli keluarga dan pengguna blog yang lain (aku la tu).
Story Mengenai Family Day ini
Jam 12.30 tgh hari bermulanya aku bertolak dari rumah setelah menunggu ketibaan kawan baik aku iaitu aman dari UNISEL Batang Berjuntai yang turut sama menyertai Family Day ini dan juga beberapa jiran yang berhampiran dengan rumah aku seramai 4 org. Jarak antara Negeri Sembilan tidaklah begitu jauh dari kediaman aku malahan Negeri Sembilan juga adalah kampung aku, jadi tidaklah begitu susah untuk mencari tempat berkenaan dimana event ini dilansungkan.

Mereka yang menyertai Family Day MsjBox 2008
Pada jam 2.30 petang selamatlah tiba aku di kawasan yang berkenaan iaitu di pantai seri Purnama,, batu 9, teluk kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Memang agak meletihkan waktu itu kerana aku tidak cukup tido pada semalam harinya kerana memang sudah penyakit aku susah nak ido awal. uhu…. Namun aku masih berdaya untuk memandu. hak2. Setibanya aku disana aku lihat memang ramai yang menyertai event ini dan ramai yang dah berkeluarga sebenarnya termasuklah Junaidix iaitu pemilik MsjBox. Agak janggal juga kerana rata-ratanya aku tidak mengenali mereka semua kerana aku bukanlah pengguna MsjBox. Bukan tidak mahu menggunakan tapi pada waktu dahulu pernah juga aku menggunakan Msjbox tetapi tidak menggunakannya semula kerana pada waktu dulu kelajuan loading MsjBox ini agak perlahan dan pada waktu ini aku rasa dah ok setelah MsjBox diupgrade beberapa kali.

Tapak Khemah
Pada hari itu memang aku busy skit dan tidak berpeluang sepenuhnya menyertai event tersebut kerana kesengalan 2 kawan aku yang menyertai aku di event tersebut. Maaflah kepada geng2 MsjBox kerana ketidak support sepenuhnya dari aku sampaikan panggang ayam pun aku tak join. datang just makan je.. huhu… tapi apakan daya.. dah 2 ekor makhluk tu rakan dari kecil lagi so terpaksa la aku mendahului mereka. Jika ada antara korang yang berasa terkilan dengan aku, aku mohon maaf banyak2 dan aku juga mewakili aman sekali. Bukan niat nak lari dari majlis. Sorry erk… Harap korang faham.

Tapak Memanggang
Pada waktu malamnya pula, setelah habis waktu mencekik, bermulalah aktiviti kotak beracun yang sememangnya beracun dimana setiap mereka yang menyertai dikehendaki memperkenalkan diri sendiri yang tidak macho itu kepada mereka yang lain dan setelah selesai memperkenalkan diri dia perlu memilih salah sorang dari mereka disana untuk mengajukan soalan kepada empunya diri. Memang kadangkala soalan yang diajukan memang pedas dan beracun. walau beracun macammanepun ia memang menyeronokkan dan aku juga tidak terlepas memperkenalkan diri dan ditanya soalan yang berbagai-bagai. Setelah selesai aktiviti ini bermulalah aktiviti seterusnya iaitu aktiviti bertukar hadiah. Agak terkilan sedikit kerana aku tidak mendapat hadiah kerana berlebihan nombor aku rasa ataupun ada salah sorang yang tidak memberikan hadiah tetapi mengambil nombor. aku tidak ingin menyalahkan sesiapa dan sesiapa yang mendapat hadiah dari aku tu harap kau suka la. penat aku pilih hadiah tu sampai ke batu 4 siap redah roadblock lagi. pasal harga hadiah tu rahsia erk… hadiah esklusif dari port dickson. ahaks. manakala aman pula mendapat hadiah dari seorang gadis yang agak tahan cunnya dan aman pula tersipu-sipu malu. alahai ko ni aman. macho a skit. hahaha.. gurau je.. Ohya.. Aku agak teruja kepada anak Kak E kerana baru sahaja darjah 4 tetapi aktif dalam dunia blog. aku harap anak Kak E tu dapat meneruskan berblogging untuk tempoh masa yang lama sebab memang jarang jumpe mereka yang sekecil ini berjinak-jinak dalam blogging. syabas untuk anda.

Aktiviti kenalkan diri
Selepas aktiviti bertukar hadiah, setiap mereka diberikan aktiviti bebas. suka ati korang la nak buat apapun pada waktu itu. dibahagian tapak membakar berkumpullah kaum2 wanita yang tah apa tah yang diceritakannya, manakala aku bersembang bersama aman, sishoney, kasawari dan suami kak sheda sementara menunggu jam 1 pagi untuk menonton perlawanan antara Man U dan Arsenal. Malam tu aku memang gembira kerana Man U berjaya menundukkan Arsenal dengan 4 berbalas 0. aku tak pernah2 melihat Arsenal dibelasah sehingga begitu kerana selalunya perlawanan bergitu paling tinggi pun 2-1, 2-0 atau 1-1 dan yang paling mengejutkan aku Fletcher menjaringkan 2 gol melalui tandukan ke gerbang golmenewaskan penjaga gol Arsenal. Pada peminat Arsenal tu sorry la erk… haha
Jam lebih kurang 3 pagi bermulalah aku, aman, kasawari dan anak2 beliau mula masuk tido. aha… pada waktu tu memang aku tak berasa mengantuk lagi dan sempat juga membalun roti berintikan tuna mayonis. selepas selesai mentarah roti dan tuna tu aku keluar la sebentar untuk menghisap rokok namun terasa cam tidak sedap hati pula dan cepat2 je aku padam rokok tu. maklum la kat tempat2 camtu. waktu tido tu macam2 la juga aku dengar antaranya ada org berjalan di belakang khemah dan kaki aku macam dilanggar sesuatu. Namun aku endahkannya sahaja dan didalam hati aku berkata, “aku tak kacau kau, jangan la kau kacau aku” dan selepas tu terus aku hanyut dibuai mimpi (sebenarnya tido tak bape lena sangat pun). Pada Jam 8 pagi(agaknyer a) aku terus terjun ke laut untuk mandi seketika sebelum pulang ke kediaman masing2 bersama aman manakala mereka yang lain hanya mandi di bilik mandi sahaja kerana sudah puas mandi di laut semalam. (waktu tu aku gi seremban).

Tengah kemas Khemah
Setelah selesai bermandi aku dan yang lain-lain mulalah melakukan aktiviti bergambar. macam2 jenis possing dilakukan antaranya bergambar di dalam khemah masing2. hadoi…

posing sebelum pulang ke kediaman
ok a… rasanya ni jela coretan untuk Family Day Msjbox di blog aku. nanti layan kat blog lain yang turut menyertai event ini dan aku harap aku dapat lagi join event MsjBox ini lagi pada masa akan datang. ![]()
Senarai Mereka Yang Menyertai Family Day MsjBox 2008.
1) Shai
2) Junaidix + Carneyz
3) Kasawari + Aiman, Ammar (2 anak)
4) AKO
5) Sheda + Tuah + 2 anak
6) Ilyanatasha + Aina (adik angkat)
7) Kak E + Husband + 3 anak
8) Izali + mrs izali + anak2
9) Acai
10) Umie
11) Mikaounik
12) Norz + Deri + Nazurah + Nazifa
13) Hayad + 2 kawan
14) Acul (ShadowX_19) + Aman + jiran
15) Mamarangie + husband + anak2
16) Axa + husband + 1 anak
17) Zura (kriez) + kawan
18) Sishoney
P/S : senarai di atas di curik dan diedit dari laman web msjbox
Leave Your Comment
2-17-2008 @ 03:07:15
laju btul wat entri..huhu
2-17-2008 @ 04:52:17
fuh! laju giler update! haha.. btw, thanks sebab sudi datang w/pun dah lama sepi dari Msjbox. Btw, kan malam tu dpt 1year gift Msjbox subscription masa tukar2 hadiah, boleh la nak register Msjbox semula. hehe..
2-17-2008 @ 05:38:31
hahahaha.. tau takpe.. rindu seh kat pc ngan blog aku
haha.. itu dah semestinya bro.. ok.. karang aku register balik
2-17-2008 @ 08:15:13
takpe takpe walaupun ms xtvt siang x dpt join, atlis kena gak ‘tembakan’ soklan bertalu2 dari kitrg eh malam tu
pape pun, psttt rasa nya dah dapat FREE subscription msjbox kan.. so hape lagi.. kita ENJOYYY!
/
2-17-2008 @ 08:26:15
mak aiiiiiiiiii dia pun semangat waja gak… dag update n3 tu
errmmmm kak e takde gambor nak update kecuali gambo ‘tukar-tukar hadiah tu je’ ahakkkkkkkkkk
2-17-2008 @ 09:53:38
haha.. biase a 2 tu kak retna. hidup mesti pantas baru ade kemajuan ye tak..
mengenai msjbox tu akan dipasang tak lame lagi. wat mase ni terpakse gunakan shoutmix tu dulu sbb busy sgt skrg ni membuat design.
eheh.. tu dah semestinya kak e.
aha.. ape name blog anak kak e tu a..? sy lupe a
2-18-2008 @ 07:43:56
Selamat pagi
Anak kak e nya blog >>> http://bubble-a.blogspot.com/
*** Tulisan dia yang masih ikut style dan cara budak-budak ler… so faham2 je ler

2-18-2008 @ 09:00:21
pst: x sempat sembang sebab otak “bio;”
2-18-2008 @ 09:36:10
macam besh je.. tapi memang besh pun.. huhh.. nak JOIN!
2-18-2008 @ 10:06:11
mak aih…laju nyer update…
thanks ya!
mama kagum dgn u ni…
actually nak borak,mama seganlah kan!
mama add link awak ye!
2-18-2008 @ 11:36:07
ni baru perkhidmatan yg cekap, hehe….btw ko yg mana 1 ha? aku x pasan la…
2-18-2008 @ 11:53:16
selamat tgh hari kak e. takpe.. its ok ape blog anak kak e tu. maybe 4-5 tahun lagi setaraf ngan sy dah. hik2
same2… haha.. bahaya tu
haha. rugi syia tak ikut.. best wo…
hehe.. takpe.. biase a 2 1st time jumpe. kang2 lame mesra a ye tak
erk.. aku yg sembang ngan kau sblm kau balik tu. ala yg sembang pasal bola tu
2-18-2008 @ 12:52:45
First time bagi komen…
Cayalah.. aku suka baca entri ni. ada ala ala Misteri Nusantara… aku ingat malam tu aku sorang jer dgr orang berjalan.. ko pun dengar gak.. he he…
tapi tak per lah asal semua ok kan.. kita pun bukan kacau “dia”..
seronok dpt sama2 camping macm ni kan..
walau first time jumpa..
lain kali leh buat lagi.. masuk hutan ker.. he he
masa tu kenalah “pagar” dulu khemah kita.. he he
2-18-2008 @ 01:05:32
haha.. ade2 je ko ni kasawari.. yap.. aku pun harap akan dibuat lagi tapi mintak2 kat area sungai or air terjun. baru a syok.. aku ni berhantu skit gi sungai. mmg laju. hak2
2-18-2008 @ 01:05:45
ooo ko ke yg haru biru tuh….
Arsenal kena belasah….
btw, nice to meet u bro…
2-18-2008 @ 01:08:36
haha. tau takpe.. congratz to Man U. haha… nice to meet u to bro..
2-18-2008 @ 10:44:04
aman hensem…
gie’s last blog post..Aku dan TITAN
2-18-2008 @ 10:54:36
dulu aku pun pakai msjbox ni…tapi,bile kene disable admin option tuk balas komen,terus tak pakai dah…dengar2 citer,kene bayar dulu kalo tak silap…
gie’s last blog post..Aku dan TITAN
2-19-2008 @ 12:14:26
haha.. kembang aman jap..
yap kene byr dulu baru leh pakai. tp aku dpt percuma selama setahun
2-19-2008 @ 12:21:36
Ni dia otai it kita..nampak pediam jerk..rupa hebat..caya laaahh bro
mikaounik’s last blog post..Tragedi itu@MSJBOX PICNIC-PD
2-19-2008 @ 12:55:34
erk.. jgn ckp camtu… sy pun masih baru lagi dlm dunia website ni. tak pro mane pun. byk lagi mende nak belajr..
2-19-2008 @ 05:17:41
oohhh mlm tu ada benda erkk..tp nasib baik ko ok kan..ermmm..huhuuuiii
mikaounik’s last blog post..MSJBOX@PD - saya dan mereka…
2-20-2008 @ 07:31:55
syia~ kan dah tau ari tu,,,napa tak pg?
deen lain lah, sbb dah dilamar oleh anak dara utk berkelah di air terjun,,,wakaka,,
sorry skali lagi acul, sbb tak dtp join,
jangan plak ko nekad tak nak ajak aku lagi suatu hari nanti ek~
ngeh ngeh~
deennasour’s last blog post..sengal sungguh~
2-20-2008 @ 07:35:42
[…] ingat. Haha. Dah dekat tiga hari tue. Haha. Korang boleh baca pasal Family Day MsjBox kat blog Shadow-X atau usha gambar kat fotoblog Junaidix. […]
2-20-2008 @ 08:55:52
huhu.. tau takpe.. tapi mmg mintak tak jadi ape2 pun..
ahhaha.. ko tu mmg.. girl je dilebihkan. haha.. takpe.. nanti ade event lagi aku ajak k. ko tu kalo ade tiket wayang free lagi bgtau aku