![]()
tutorial membuat background pada thumbdrive dan Hardrive dah pernah aku buat di blog lama aku (kakicyber.com) yang kini dah diberhentikan operasinya sebulan yang lalu. kat sini aku nak kongsi balik tips nak mencantikkan lagi dekstop korang agar nampak berlainan skit dari yang lain dan korang boleh gak bangga sekejap ngan ape yang korang buat sebab tak ramai yang tahu teknik ini.
teknik yang akan aku kongsi kali ini adalah cara bagaimana hendak membuat background atau latar belakang bergambar dan tukar icon pada thumbdrive dan hardrive korang. mungkin korang bosan gak tengok icon yang tak bertukar-tukar camtu dan berbentuk same dan juga backgound yang kosong. mungkin juga korang teringin hendak mengubahnya tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengubah. berita baik untuk korang sebab aku akan kongsikan bagaimana hendak membuatnya. so… korang dipersilkan membaca teknik yang akan diajar oleh aku ini dengan teliti dan praktikkannya dengan segera.
Mari kita bermula dari membuat Background (latar belakang) pada Thumbdrive dan HardDrive (Drive C, D and etc).
langkah yang amat mudah, korang hanya perlu “copy” kod dibawah ini dan “paste” kan di “notepad”. kemudian save kan kepada “desktop.ini”
[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
Attributes=3
IconArea_Image=”001.JPG”
IconArea_Text=0×008FFFFFF
![]()
kemudian letakkan file “dekstop.ini” ini di dalam drive, thumbdrive ataupun folder yang ingin korang letakkan background padanya. selepas itu sila pilih 1 gambar, image, wallpaper atau ape2 sahaja pun untuk dijadikan backgound dan sila “rename” kan gambar tersebut kepada “001.JPG”. sila pastikan file “desktop.ini” dan “001.JPG” diletakkan di tempat yang sama. kemudian “right click” kedua2 file tersebut dan pilih “properties” dan tikkan pada ruangan “Hidden”
![]()
Meh aku terangkan bahagian kod tu pulak supaya korang tak pening. terdapat 2 bahagian yang boleh korang ubah iaitu dibahagian { IconArea_Image=”001.JPG” } dan bahagian { IconArea_Text=0×008FFFFFF }. Iconarea_image adalah kod gambar untuk background. kat area sini korang boleh ubah name file tersebut tapi sila pastikan name gambar yang ingin dibuat backgound sama dengan name didalam kod “dekstop.ini”. manakala Iconarea_text pula adalah bahagian untuk mengubah warna font. FFFFFF adalah kod warna untuk puith. dibawah aku akan senaraikan serba sedikit kod warna yang korang boleh pilih untuk kesesuaian pada background korang.
000000 = hitam
ff0000 = biru
ff00d8 = ungu
a200ff = merah jambu
0000ff = merah
Meh kite tengok pula cara bagaimana hendak mengubah icon pada Thumbdrive dan HardDrive korang.
caranya pun amatlah terlalu mudah. korang hanya perlu “copy” kod dibawah dan pastekan di dalam “notepad”. kemudian save kan kepada “AUTORUN.inf”
[AutoRun]
icon=bla2.ico
![]()
sama juga dengan cara nak buat background dimana korang perlu letakkan file “AUTORUN.inf” ini di dalam folder yang korang ingin ubah iconnya. selepas korang dah letakkan ditempat yang sepatutnya sila la layari laman web www.pixelgirlpresents.com untuk menyedut dan memilih icon2 yang menarik untuk kegunaan korang. dah puas pilih dan belek? meh bace seterusnya. pilih hanya 1 sahaja icon untuk di letakkan bersama “AUTORUN.inf” dan sila tukarkan name icon tersebut kepada bla2.ico. contohnya seperti “black_cat.ico” kepada “bla2.ico”.
pada kod ini juga korang leh ubahkan name icon tersebut tetapi sila pastikan name icon sama dengan name di dalam kod tersebut. setelah selesai sila ikut cara seperti “Background” dimana korang perlu “right click” dan pilih properties kemudian tickkan “Hidden”
setelah selesai langkah2 ini korang halakan tetikus korang tu kat “menubar”. pilih “Tools” dan sila click pada “Folder Options”. kemudian satu tetingkap akan terbuka dan tekan pada “View” dan sila tickkan pada “Do Not Show Hidden Files & Folders”. Kemudian “Refresh” dan sila restart Pc anda untuk melihat perubahan pada icon tersebut. Manakala pada thumbdrive sila “Eject” kan dan pasangkan kembali untuk melihat perubahan.
![]()
aku harap tutorial teknik ini dapat membantu korang. jika ada ape2 soalan sila2 la merajinkan diri tu bertanye ok…
Perhatian : trick ini hanya boleh digunakan pada windows XP sahaja dan tidak boleh digunakan pada MAC (APPLE) dan microsoft Vista
Credit to : Scukz.com User For This Useful Trick
Leave Your Comment
2-19-2008 @ 04:33:36
uish.. canggih.. canggih!


2-19-2008 @ 04:44:12
last skali aku try benda ni kalo pendrive bkak kt vista x kuar pon background…. version ni valid x kt vista

topo’s last blog post..aku blur….
2-19-2008 @ 05:40:56
baru je semalam meera tanya mama mcm ne nak buat icon ni…
tgk2 arini dah ade cikgu nya…
thanks ya!
tp still megong lg ni…mama x faham ler…
mamaranggie’s last blog post..MSJBOX FAMILY DAY..
2-19-2008 @ 05:45:46
mane ade canggih. biase je…
yes.. vista takleh.. lupe lak aku nak bagitau sblm ni. skrg dah diupdate. ia hanya digunakan kat xp sahaja.
oh yeke…? kalo mama tak paham pe kate mama cube copy shj kedua2 kod tu pastu savekan je.
2-19-2008 @ 08:47:07
wawawawa…
dlu aku pkai xp,leh la…tpi vista skrg nih..jnuh btol la..dh mls gler nk format..
2-19-2008 @ 09:13:11
Alaaaa. ajarlah dari cara buatikon dari scratch i mean, illustrtor ataupun photoshop….
2-19-2008 @ 10:22:21
haha.. aku tgh malas lagi nak pakai vista sbb byk software n game takleh pakai kat vista. tunggu a tahun dpn baru aku pakai
uhu… yg tu akan diajar pada web baru nanti…
2-20-2008 @ 06:18:51
Acol.. ada tak code nak tukar CPU..
bila RUN jer.. CPU ni tukar jadi power sikit ker.. he he
Kasawari’s last blog post..Catatan di Port Dickson
2-20-2008 @ 07:10:44
lalalala~
aku tanya kwn2 aku semua bg jawapan sama
“kwn aku yg tolong buatkan”
yeah!! kali ini aku dah tau!!
chanteq lah~
nak try abehs ni,
tapi aku terkonpius skit dgn mende yg ko sebut
deskstop.ini and autorun.inf tu…
deennasour’s last blog post..Nyonya~
2-20-2008 @ 08:53:53
ade2… letak pepijat dlm cpu nanti transform la die. hahaha
oo.. autorun.inf tu tuk icon dan desktop.ini tu tuk background
4-21-2008 @ 07:23:26
nape sya nak save dlm notepad tp xblh la..


5-12-2008 @ 01:36:25
Salam.. Aku dh try buat n menjadi cume tang font colour tu je yg x menjadi.. Aku dh try kod colour yg ko bg tu tp xde ape2 warne pun.. Still same cam biase je.. Kenape ye..??
6-3-2008 @ 07:23:43
haa…cam kenal je tutorial nih…hehehe
6-22-2008 @ 01:59:33
tutorial yang teramat besh..

(
tapi kan…nape saya buat icon tu tak m’jadi pun
dah ikut smue step..bila eject thumbdrive n restart pc.. dia bertukar menjadi ape ntah..yg bentuk kertas tu..(muahaha..tak tahu ape nama nye)..
harap incik dapat bantu saya…sob sob…
:
6-22-2008 @ 02:26:28
hurmm.. pelik gak.. sy wat jadi je nih..
ades….
shu…. diam2 je dah la
yeke..? ade ym…? kalo ade add sy kat shadowX_19@yahoo.com senang skit nak taye
6-22-2008 @ 05:10:06
klu nk tuko name pendrive tu plak camne ekk???
6-22-2008 @ 06:09:20
alahai.. tu kacang giler je..
right click kat pendrive tu pastu click kat rename. pastu masukkan la name ape2pun… 
7-15-2008 @ 12:03:05
asal x jadi ni..
7-16-2008 @ 06:37:38
ades… sorg lagi…
7-24-2008 @ 01:57:06
wa nice2..thanks dude
Cust0m_J!mMy’s last blog post..Cam Studio
10-15-2008 @ 01:06:43
sy dah try cr awk bg tp still x jd
nape ye…
sy dah add awk dlm ym
x xde respond pn…
10-15-2008 @ 02:14:47
tlg ajar
10-15-2008 @ 02:14:47
tlg ajar