Tentang

Apa Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Harubiru.com

harubiru.com dibangunkan secara rasminya pada 27 haribulan November tahun 2007 dan dihostkan oleh internet-webhosting dan telah beroperasi dengan secara keseluruhan pada 10 haribulan Disember 2007. Ia memang mengambil masa yang agak lama untuk beroperasi kerana mengalami masalah-masalah yang tak dapat dielakkan.

Perkataan Harubiru bukanlah diambil dari filem yang agak panas popular pada masa kini dan bukan dari mana-mana bidang penyiaran. Harubiru bila dirujuk pada Kamus Dewan Edisi Ke-4 menerangkan Harubiru bermaksud, huru-hara, kacau bilau, dan jiwa kacau. Adalah ditekankan bahawa maksud harubiru yang dipilih adalah jiwa kacau dimana aku masih lagi mencari hala tuju hidup aku yang pada masa kini masih lagi terumbang-ambing.

harubiru.com dibina bertujuan untuk berkongsikan segala ilmu pengetahuan dari segi rekabentuk, dan teknologi yang aku pelajari tak kira ketika di institusi atau di rumah ataupun dari rakan-rakan. selain itu juga ia dibina bertujuan menjadi tempat latihan aku untuk memantapkan lagi kemahiran yang aku belajar dari masa ke semasa.

Harubiru.com adalah domain ke-3 sejak dari tahun 2006 aku berkecimpung didalam dunia blog ini. Domain pertama aku ketika bertapak di CGY Hosting adalah sx-studio.com dan domain kedua kakicyber.com yang masih lagi berfungsi di ipserverone.com

Kini hampir 2 tahun aku betapak di dunia blog ini dan banyak perkara yang aku pelajar dari masa ke semasa. thanks kat korang yang support aku. adios

Siapa Aku

mungkin rata-rata korang ramai yang dah mengenali aku dan mungkin juga masih ada yang belum mengenali aku. ni ada sedikit perkara mengenai aku yang aku rase cukup untuk korang tau. nama aku mohd rasul bin abu hanipah atau korang boleh panggil aku acul je. shadowX_19 hanyalah nama samaran di dunia internet dan aku dah pakai nama samaran tu sejak aku dari tingkatan 3 lagi. sekarang ni umur aku dah 21 tahun (2007). aku dilahirkan pada 03 november 1986 iaitu dalam zodiak scorpio. mengikut kajian Profesor Dato’ Fadilah kamsah menyatakan dalam bulan november ni, mereka tergolong dari orang yang berfikiran kreatif, bersikap penyabar, bertolak ansur, tidak mudah putus asa, berjiwa tenang dan banyak lagi a dan jika dinilai pada sikap dan perangai aku 85% adalah betul.

Sekarang ni aku tak buat apa-apa pun dan hanya duduk bersahaja dirumah membuang masa yang terluang. dulu pernah juga berkerja tetapi berhenti disebabkan bosan bekerja di bawah orang dan niat aku pada masa ni hanyalah ingin belajar. mengenai belajar pula aku berharap sangat dapat sambung belajar lagi. harap2 dapat la sambung lagi sebab aku nak belajar sampai tahap yang tertinggi.

aku menyimpan azam yang tinggi untuk membuka kedai milik aku sendiri yang menjalankan perniagaan mencetak (printing) iaitu menjual kad bisnes, banner, bunting, poster dan sebagainya pada masa akan datang. jika ada rezeki aku nak usahakan cyber cafe sekali kerana aku dan komputer memang tak dapat dipisahkan.

apa-apa pun tu hanyalah impian sahaja dan masa juga yang akan menentukan dan aku berharap sangat-sangat impian aku akan tercapai. insyallah jika ada rezeki. jika korang nak tau lagi pasal diri aku jangan la segan-segan untuk bertanya. insyallah aku akan menjawab segala pertanyaan korang.

Wordpress Plugin Yang Digunakan :