
seperti yang korang tau pada hari sabtu yang lalu aku pulang ke negeri sembilan iaitu kampung arwah ayah aku untuk menjeguk atuk dan saudara aku disebabkan pada raya yang lepas tidak berkesempatan untuk pulang. namun aku telah ditimpa kemalangan yang bukannya salah aku di berhampiran plaza tol rasah.
ketika itu aku dalam perjalanan dari shah alam bersama keluarga aku menuju ke seremban pada jam 8.00 malam dan tiba di seremban dalam jam 9.15 malam. semasa kejadian aku berada di lampu isyarat menuju ke rantau dan tanpa disedari oleh aku, belakang kereta aku telah dirempuh dengan rakus oleh sebuah kereta yang tidak aku kenali. pada tika itu, lampu isyarat baru sahaja berwarna hijau dan aku pun baru sahaja hendak memulakan perjalanan namun terbantut setelah dilanggar oleh kereta yang datang entah dari mana. aku pun naik berang dan terus keluar dari ketika sambil memekik “Woi…!!!” dan terus mencari empunya kereta yang melanggar kereta aku. hampir 2 minit juga aku melilau mencari dan akhirnya aku menemui kereta yang melanggar kereta aku tu iaitu kereta jenis perdana v6 yang dipandu oleh warga cina. perasaan aku ketika itu nak je aku cepuk kepala cina ni. kat lampu isyarat pun leh rempuh kete aku. pada waktu tu aku tak tengok lagi kerosakan pada kereta aku disebabkan bengang yang terlampau sangat kerana memikirkan keselamatan keluarga aku.

sedar tak sedar dah dekat rupanya hari raya haji. kejap je raseye nak menyambut hari raya haji selepas menyambut hari raya aidilfitri beberapa bulan yang lepas. raya kali ni aku balik kampung kat sungai besar. insyallah kalau takde ape2 halangan aku balik ke negeri sembilan pada hari sabtu. lama dah tak balik kampung arwah ayah aku. harap atuk aku sihat alhamdulillah hendaknya.
sambutan hari raya haji kali ni dengar degus2 dari saudara-saudara aku nak tumbangkan 2 ekor lembu. tradisi keluarga aku setiap hari raya haji akan buat korban di rumah nenek aku sendiri dan bukannya disurau. bukan bermaksud aku dan family aku tak pergi kesurau atau masjid untuk menjalankan kewajipan sebagai umat islam untuk menyembelih lembu tapi pada keluarga aku kiteorang akan berkongsi duit untuk membeli lembu dan mengagihkan daging korban kepada jiran2 disitu. majlis menyembelih lembu di rumah nenek aku dibuat selepas selesai orang2 surau menyembelih dan mengagihkan daging korban di surau.
raya kali ni tak semeriah raya adilfitri yang lepas sebabnya ramai gak la saudara aku beraya di rumah mertua. tapi apa nak buatkan. dah tu kewajipan diorang sebagai menantu. kene selang-seli beraya. aku pun camtu nanti pada masa hadapan. so kene la adil.
sekarang ni rumah aku tengah renovate kepada bentuk yang baru. memang agak kelam kabut sedikit keadaan rumah aku sampaikan tempat aku nak tido pun terhad. time aku tulis entry ni aku berada di dapur. harap2 la cepat rumah ni siap. letih dah pindah2 tempat tidur. anyway, kalau dah siap nanti aku akan dapat bilik baru. ye….!!! tak seperti sebelum ni aku berkongsi bilik dengan adik lelaki aku. selepas ni aku akan mempunyai bilik sendiri. hoho..
ok a.. aku doa2kan kepada sesiapa yang balik kampung tu termasuk la aku sendiri semoga selamat pergi ke kampung halaman dan semoga selamat pulang ke rumah masing2. maklum la sekarang ni asyik berlaku kemalangan je.”ingatlah pada yang tersayang”. dan pada mangsa banjir tu diharap banyak2 bersabar walau terpaksa beraya dalam keadaan banjir. pada korang yang baca ni jangan lupa lak solat hari raya aidiladha. (bagi lelaki je).

berita baik untuk peminat super dancer online (SDO) kerana game terbaru SDO telah dilancarkan baru-baru ini dengan nama super dancer online extream (SDO-X) setelah berbulan-bulan lamanya SDO menyepi diatas sebab-sebab yang tak di ketahui.
untuk pengetahuan pada korang yang belum pernah mendengar name game ni atau yang pernah main game ni tapi tidak mengerti mengapa game ni tidak boleh dimain lagi pada bulan-bulan sebelumnya. ini kerana game ni telah ditutup sesi permainannya pada bulan April yang lepas. aku juga adalah salah seorang peminat game ni dimana selalu juga aku main ketika menuntut di Politeknik dulu. pada bulan April yang lepas tiba-tiba sahaja sesi permainan ini telah dihentikan. tiada seorang pun yang mengetahui mengapa ia ditutup dan bila tarikh keluaran semula. antara degus-degus yang aku dengar company yang mengendalikan game ini telah bankrup dan bermacam-macam lagi. nak dikatakan bankrup takkan lah sebab ramai yang main game ni dan pulangan yang diorang dapat pun boleh tahan. tapi apa-apapun tahniah sebab ia telah kembali mengembirakan ramai peminat game ni yang tertunggu-tunggu. termasuklah aku.
31 orang
dah komen