aku terlupa untuk bubuh perkara ni untuk penerangan kat penggunaan WS FTP pro. tapi takpe.. aku tanak campurkan dalam entri tu sebab aku takut korang tak paham lak nanti. kat entri ni aku akan terangkan penggunaan file permission (kebenaran untuk file) dengan menggunakan WS FTP pro.
untuk pengetahuan korang, penggunaan file permission ni boleh didapati didalam bahagian properties. ia digunakan untuk file yang biasanya digunakan untuk security dan pengubahan. dari apa yang aku tahu 755 ialah untuk default (korang takleh edit kat file) dan 777 ialah kuasa penuh dimana korang boleh edit ape2 di file tersebut. kalo ade kesilapan sila beritahu aku k.
Cara Penggunaan
langkah pertama korang perlu pergi ke directori dimana file korang simpan untuk membuat pengubahan. biasanya ia dibuat di bahagian themes sebab adakalanya theme yang korang download itu perlu ada pengubahsuaian sedikit. contohnya korang nak letak iklan, link, dan sebagainya.

mungkin ada sesetengah korang yang masih baru berjinak2 dengan dunia blog masih tidak mengenali nama software ni. untuk pengetahuan korang software ni digunakan untuk menyimpan (upload) apa2 data dari pc korang ke dalam hosting dan juga memuat turun (download) data dari hosting korang ke pc dengan lebih mudah dan pantas. jika korang tiada software ini, jangan risa. aku dah uploadkan untuk korang download. sila click tuk download.
sudah pasti korang dah biasa upload dan download di laman2 web yang menawarkan perkhidmatan ini seperti photobucket, myspace, youtube dan sebagainya. untuk pengetahuan korang sistem yang digunakan adalah sama tetapi dengan menggunakan software ni korang ada sedikit kelebihan dimana korang boleh uploadkan 1 folder sekali berbanding dengan laman web yg menawarkan perkhidmatan tersebut dimana korang hanya boleh upload satu persatu.
kebiasaanya mereka yang menggunakan software ini adalah mereka yang memiliki hosting sendiri iaitu hosting yang berbayar kerana ia memang memudahkan kerja mereka dari segi upload, download, pemindahan data dan membuat backup. ada juga sesetengah laman web yang menyediakan sistem FTP ini. tetapi korang pun pahamkan apa maksud “FREE” dimana kadang2 ada sahaja masalah yang dihadapi.
bagi mereka yang belum pernah menggunakan software ni aku harap korang baca dan pahamkan sebab ia memang membantu korang.
Pengenalan Penggunaan
seperti yang korang lihat, korang diberikan dua bahagian iaitu bahagian dikiri ialah bahagian simpanan dari pc korang. manakala dikanan ialah bahagian simpanan dari hosting korang. untuk mengakses ke bahagian hosting korang perlulah login untuk memasukinya.
mungkin ada diantara korang masih baru didalam dunia blog ini dan mungkin juga korang tak pernah lagi menggunakan wordpress ni. kat sini aku akan terangkan serba sedikit mengenai wordpress dari apa yang aku tahu dan pelajari selama ini. jika ada kekurangan harap2 korang bertanya aku atau rakan2 aku yang lain dan jika ada tersilap apa2 sila2 tegur aku ok. aku manusia biasa je tak lari dari buat salah.
ok… penggunaan wordpress ni senang je sebab die friendly user. so korang takyah la risau mende ni akan memeningkan korang. kalo korang lihat dari segi interface atau antaramuka wordpress ni memang menyenangkan hati dengan function2 nya yang amat berguna dan mudah digunakan.
kita bermula dari login. disini korang perlu lakukan untuk masuk ke dashboard atau lebih dikenali sebagai muka utama bahagian admin atau pemilik blog.
Login

15 orang
dah komen