JomHeboh, Bukit Jalil Day 1

main

yea… setelah sekian lame aku tak hapdet blog yang semakin tebal sawangnya dan hari ini aku kembali membuat posting. al-maklumlah hari demi hari aku semakin busy dengan pelbagai projek. taktau la sejak 2 menjak ni rezeki aku bertambah murah. lepas 1, 3 sekali job datang. anyway thx kat manchurr sebab offer aku kontrak wat website tu walau ade seketika aku tak dpt siapkan sebab busy ngan work sekarang ni. kali ni aku nak ceritakan sikit mengenai JomHeboh kat Bukit Jalil pada hari pertama yang dianjurkan oleh TV3 dan disertai oleh company tempat aku kerja iaitu MEevent.

meh aku story skit mengenai MEevent. MEevent adalah satu event manager yang dilantik oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan MeCD (Menteri Pembanggunan Usahawan dan Koperasi) untuk menjayakan projek JomHeboh. Company ini telah diberikan kepercayaan untuk menjayakan JomHeboh selama setahun so… setiap JomHeboh yang berlansung kiteorg akan sertai. MEevent mempromosikan barangan keluaran Bumiputra dan IKS (industri Kecil Sederhana) dan oleh itu setiap barangan yang dijual adalah dikeluarkan oleh orang kita sendiri. Ada sesetengah produk mereka telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

malas lak aku nak tulis panjang2. insyallah dalam masa terdekat website MEevent akan dibangunkan dan dari situ korang akan mengetahui maklumat mengenai MEevent ini dan kiteorang akan serang melalui internet lak. Pada sesiapa yang berminat untuk membenarkan iklan company ini diletakkan di website korang sila emailkan kepada aku di acul19@gmail.com berserta name laman web korang dan bayaran selama setahun untuk bertapak di laman web korang.

Sila tekan sini untuk membaca lagi »»

Kemaskini

Blog ini akan dikemaskini bermula pada minggu ini dan akan beroperasi semula secepat yg mungkin bergantung kepada kerajinan aku.

P/S : sorry sebab lama menghilang. Uhu~

Kenali Myspace.com

myspace

Sekarang ni bila disebut sahaja name myspace pasti ramai yang mengetahuinya tak kira la budak kecil sehingga la dewasa pasti akan mengenalinya. Jika korang masih tidak mengenali ape itu myspace sah2 la korang masih lagi ketinggalan. Myspace lebih popular dikalangan remaja dimana mereka lebih suka bersosial di myspace berbanding laman-laman web yang lain kerana di Myspace mereka boleh mencari dan menambah kawan, berkongsi-kongsi maklumat, bertukar pandangan dan tidak ketinggalan juga yang mencari pasangan. Ini memang dapat dibuktikan kerana zaman sekarang ni sudah pun wujud cinta cyber dimana mereka yang bercinta dan berkahwin melalui hubungan daripada dunia internet. Sudah majukan berbanding dahulu berhubung hanya menggunakan surat sahaja. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan Myspace untuk tujuan yang salah seperti membuat fitnah, mencari populaliti secara murah dan sebagainya. Hari ini myspace sudah menjadi salah satu laman web gergasi yang setanding dengan mana-mana laman web yang menduduki kedudukan yang terbaik didunia. Agak susah untuk mencapai kedudukan ini kerana terdapat berjuta-juta laman web yang beroperasi hari demi hari.

Sila tekan sini untuk membaca lagi »»