![]()
Click Sini Untuk Melihat Size Sebenar
Hari ini baru aku bermula membuat design untuk theme Projek Website Mengumpul Artwork pelajar dari Kolej dan Universiti seteleh hampir seminggu aku memerah otak memikirkan design yang patut dibuat. Oh ya… terlupa pula aku hendak memberitahu nama laman web ini. Laman web ini aku berikan nama sebagai VisualArtMedia.com yang bermaksud hasil kerja atau design yang dibuat menggunakan perlbagai cara atau media bagi menghasilkannya. Contohnya hasil kerja multimedia seperti laman web yang dibina melalui adobe photoshop dan dreamweaver, illustration melalui warna air, pensil dan sebagainya. kalau nak diikutkan terlalu banyak cara atau media yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu design atau artwork.
berbalik kepada tajuk asal, dari tengah hari tadi (20 Feb 2007) aku mula membuat rekabentuk, sketch dan research dari deviantart.com, cssmania.com dan banyak lagi la website yang menjadi rujukan aku sehingga la pukul 11.30 malam dan akhirnya berjaya juga aku menyiapkan muka depan untuk VisualArtMedia.com ini. Design VisualArtMedia ini dihasilkan setelah aku menggabungkan pelbagai contoh design yang aku ambil dari deviantart.com, cssmania.com dan lain-lain dan inilah hasilnya walau ade sesetengahnya mungkin ada menyerupai laman web yang lain tetapi aku tidaklah meniru bulat2 design yang dibuat. mengenai gambar illustrasi (tikus kot) diambil dari bottletalent.com yang bertujuan hanya kegunaan sementara sahaja dan akan datang akan ditukarkan kepada design yang aku buat. mengenai design ini, ia masih lagi didalam permbikinan dan mungkin ada yang akan diubah dan didevelop semula.
Oh ya. kepada rakan-rakan sekalian, sila berikan komen dan pendapat mengenai design yang dibuat oleh aku ini, mungkin ade kelemahan yang aku tidak nampak dan mungkin juga idea dari korang dapat digunakan untuk memkemaskan lagi design ini. Aku harap komen yang diberikan adalah komen yang membina. trimas. Sekian sahaja laporan untuk Design Project 2008 dari aku. Selepas ini pula membuat design untuk area komen, sidebar, portfolio dan gallery.

dah lame raseyer aku tak layan lagu Yui ni. sedar2 dah kuar pun single terbaru die. aku mula meminati nyayian Yui ni sejak diperkenalkan oleh Gie melalui Hepan (dah lame tak dgr kabar ko) dan sejak dari itu la aku berhantu mengumpulkan mp3, video dan gambar2 Yui ini. Kenapa aku meminati Yui ni? soalan cepumas gak tu… aku minat sangat2 ngan Yui ni sebab utama die ni cute sangat2. haha.. takde lah.. aku suke dari rentak lagu dan suara die. memang masyuk dan yang paling penting lagu dan lirik lagu yang dinyanyikan kebanyakkannya ditulis sendiri oleh Yui. memang menarik lirik dan lagu yang ditulis dan nyanyikan oleh Yui ni.
Mengenai album terbaru Yui ini adalah bertajuk Namidairo yang maksudnya aku pun taktau. ahaks. Single ini akan dikeluarkan pada 27 Feb 2008 di Tokyo, Jepun dan sekarang ni baru hanya ada beberapa judul lagu yang dimainkan di internet dan radio (di jepun). Seperti biasa Single yang dibuat adalah bersiri dinyanyikan sendiri dan lagu ini diketogerikan di dalam jenis Pop Rock dan J-Pop.
Didalam Single terbaru ini dimuatkan sebanyak 4 lagu (yang aku tgk kat wikipedia) iaitu Namidairo, I wanna Be, Love & Truth Acoustic Version dan Namidairo Instrumental version.
Masuk Single terbaru ni sudah banyak Single yang dibuat oleh Yui. kalau tak silap aku ade la dalam 13 Single yang didalamnya terdapat banyak lagu juga.
![]()
tutorial membuat background pada thumbdrive dan Hardrive dah pernah aku buat di blog lama aku (kakicyber.com) yang kini dah diberhentikan operasinya sebulan yang lalu. kat sini aku nak kongsi balik tips nak mencantikkan lagi dekstop korang agar nampak berlainan skit dari yang lain dan korang boleh gak bangga sekejap ngan ape yang korang buat sebab tak ramai yang tahu teknik ini.
teknik yang akan aku kongsi kali ini adalah cara bagaimana hendak membuat background atau latar belakang bergambar dan tukar icon pada thumbdrive dan hardrive korang. mungkin korang bosan gak tengok icon yang tak bertukar-tukar camtu dan berbentuk same dan juga backgound yang kosong. mungkin juga korang teringin hendak mengubahnya tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengubah. berita baik untuk korang sebab aku akan kongsikan bagaimana hendak membuatnya. so… korang dipersilkan membaca teknik yang akan diajar oleh aku ini dengan teliti dan praktikkannya dengan segera.
15 orang
dah komen