Tag dari saudara Deen

assalamulaikum semua kawan2. baru tadi (sebelum menulis entri ini) jalan2 di blog deen dan didapati aku telah ditag oleh beliau (skema tul ayat). oleh kerana aku tengah free skrg ni dan tengah didalam keadaan tension disebabkan club kegemaran aku seri lak malam ni maka dengan relanya aku menjawab tag tersebut (skema gile)

meh kite tgk dulu peraturan atau soalan pada tag tersebut

The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules.
2. List eight (8) random facts about yourself.
3. Tag eight people at the end of this post and list their names.
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.

perkara mengenai aku erk… maybe antara korang yang nak tau perkara mengenai aku yang jarang sekali ditonjolkan didalam blog ni. meh aku story skit.

1. aku ni jenis susah sikit nak tido dan dalam sehari selalunya aku tido 4-5 jam je dari pukul 2-3pagi hingga la 6-7 pagi belainan pula pada hari sabtu dan ahad iaitu dari pukul 4-9pagi hingga la pukul 10-12tgh hari. pelikkan.?

2. aku ni jenis takleh dengar sebarang bunyi pun pada waktu tido. contohnya jika ada bunyi jam atau bunyi air menitis dari paip, sanggup aku gi bangun biarpun kat tingkat bawah untuk tutup. banyak kali gak aku ido dlm bilik mak aku (time mak aku takde), aku cabut bateri jam tu sbb bising sangat. tik tik tik, susah tul nak ido

3. aku ni tak minat sangat nak melepak sane-sini cam kebanyakkan org yg kat luar sana. aku lebih senang dok je kat dpn PC aku ni layan game, internet dan chatting.

4. aku tak minat nak shopping. kalo beli baju n seluar pun setahun sekali je. minyak wangi aku pun 2 bulan pakai baru beli baru. minyak rambut lagi a. 3 bulan pakai baru nak abis.

5. aku minat sangat dengan design dan photography tapi sayangnya masih belum membeli kamera DSLR. insyallah akan dibeli dalam masa terdekat ni.

6. sampai sekarang aku masih belum menemui cinta hati aku setelah setahun membujang. tapi bila pikir2 balik leok gak takde couple. saving duit aku. yela.. takyah kuar duit byk2 nak kuar bejalan, tgk wayang, makan n sewaktu dengannya.

7. aku ni seorang yang baik hati (ye kot) sbb tak pernah aku hampakan pertolongan kawan2 aku. tak kisah a walaupun kadang kala ia merugikan aku sbb aku suka tolong org.. tapi jgn mintak bukan2 dah a

8. dan yang terakhir, aku tengah berusaha menjadi abang dan ketua keluarga yang terbaik bagi keluarga aku kerana sudah hampir 4 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga dan aku adalah anak sulung so terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul. namun aku tetap tak pernah putus asa untuk memikul tanggungjawab tersebut.

erm… 8 perkara ni lah perkara yang berkenaan dengan diri aku dan jika korang berkawan rapat dengan aku, korang akan tau yang selebihnya lagi. meh tengok sape yang akan dikenakan untuk menjawab selepas ni…

gie - member internet aku yang memberikan semangat untuk lebih mengenali dunia web

xero - kawan yang sentiasa membantu aku dalam mempelajari membina web

aman - student unisel yang memang seronok berkawan ngan dia

cypherhackz - suke baca info dalam blog die

azmie - dah lame tak masuk blog ko.. nanti ade mase aku layan k

honey - bile la nak jumpe ngan die ni.. huk2…

erm… ni je kot.. raseyer yang lain dah kene tag mende yang sama.. kui2

XDO Online V.5.0

1

berita baik untuk peminat game super dancer online extreme (XDO), baru-baru ni xdo telah bertukar version dari version 4.5 ke version 5.0 ( versi new year dan valentine ) dengan pelbagai perubahan. Pada 25 haribulan January yang lepas, telah bermulanya version 5.0 beroperasi dengan sepenunya meninggalkan version 4.5 dibelakang. walau aku agak lambat sikit untuk merasai version 5.0 ini berbanding dengan pemain-pemain yang lain disebabkan terlalu sibuk dengan kelas dan assignment yang memang berlambak-lambak. standard a dah student.

dari apa yang aku lihat mengenai version 5.0 ini memang terlalu banyak perubahan yang dilakukan antaranya di bahagian login dengan gambar seperti di pentas berbanding version 4.5 dahulu iaitu gambar di tepi pantai, lagu di bahagian login, lobby dan di room memang banyak berubah. salah satu lagi kegemaran aku pun dipasangkan di lobby iaitu John Kingston (betul ke artis ni?). dari segi grafik memang lebih menarik berbanding version 4.5. syabas kepada pihak xdo kerana membawa satu lagi perubahan pada permainan online yang memang popular ni (popular bagi orang cina je kot).

Sila tekan sini untuk membaca lagi »»

Muat Turun Icon Percuma

main

kali ni aku nak perkenalkan kat korang satu laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun icon secara percuma. Icon-icon yang ditawarkan memang menarik dan cantik-cantik belaka. memang sesuai digunakan untuk mencantikkan lagi desktop, pendrive atau partition korang. Icon-icon yang ditawarkan didalam laman web ini didatangkan dengan 2 versi iaitu versi windows dan versi Mac (Apple) so jangan risau kalau korang menggunakan Mac ataupun PC.

mengenai icon-icon ini pula kebanyakkan dibuat oleh pengunjung laman web tersebut dimana mereka yang membuat meletakkan icon ciptaan diorg sambil mempromote laman web masing2. memang satu teknik yang ramai orang pakai untuk menarik minat pengunjung mengunjung. rata-rata aku tengok, icon-icon di laman web ini memang dihasilkan secara teliti dan kemas. bagi korang yang sukakan yang cute-cute disini terdapat banyak icon yang cute2 dan banyak lagi a.

meh tengok contoh icon2 tu. (image taken from www.pixelgirlpresents.com)

1

2

3

4

menarik bukan…? ini baru 4 icon yang aku ambil untuk dibuat contoh dan terdapat banyak lagi icon-icon yang korang boleh pilih untuk dibuat simpanan atau kegunaan.

selain icon terdapat bende lain yang ditawarkan di laman web ini seperti dekstop wallpaper, iphone wallpaper, dan tutorial. wallpaper-wallpaper yang ditawarkan pun meman menarik.

meh tengok contoh (image taken from www.pixelgirlpresents.com)

5

6

7

kalau korang berminat sila download icon, wallpaper dan sebagainya di www.pixelgirlpresents.com