![]()
kali ni aku nak perkenalkan kat korang satu laman web yang menyediakan perkhidmatan memuat turun icon secara percuma. Icon-icon yang ditawarkan memang menarik dan cantik-cantik belaka. memang sesuai digunakan untuk mencantikkan lagi desktop, pendrive atau partition korang. Icon-icon yang ditawarkan didalam laman web ini didatangkan dengan 2 versi iaitu versi windows dan versi Mac (Apple) so jangan risau kalau korang menggunakan Mac ataupun PC.
mengenai icon-icon ini pula kebanyakkan dibuat oleh pengunjung laman web tersebut dimana mereka yang membuat meletakkan icon ciptaan diorg sambil mempromote laman web masing2. memang satu teknik yang ramai orang pakai untuk menarik minat pengunjung mengunjung. rata-rata aku tengok, icon-icon di laman web ini memang dihasilkan secara teliti dan kemas. bagi korang yang sukakan yang cute-cute disini terdapat banyak icon yang cute2 dan banyak lagi a.
meh tengok contoh icon2 tu. (image taken from www.pixelgirlpresents.com)
![]()
![]()
![]()
![]()
menarik bukan…? ini baru 4 icon yang aku ambil untuk dibuat contoh dan terdapat banyak lagi icon-icon yang korang boleh pilih untuk dibuat simpanan atau kegunaan.
selain icon terdapat bende lain yang ditawarkan di laman web ini seperti dekstop wallpaper, iphone wallpaper, dan tutorial. wallpaper-wallpaper yang ditawarkan pun meman menarik.
meh tengok contoh (image taken from www.pixelgirlpresents.com)
![]()
![]()
![]()
kalau korang berminat sila download icon, wallpaper dan sebagainya di www.pixelgirlpresents.com

panas gak tajuk aku kali nie. tak pernah-pernah aku nak complain pasal isu-isu camni. mula-mula tu aku buat tak kisah je. buat macam tak berlaku tapi lama-lama tension gak aku dibuatyer. ape masalah yang ditimbulkan oleh YouthSearch nie…? mesti korang tertanya-tanyakan..? sebelum tu biar aku terangkan ape itu YouthSearch08 dahulu. YouthSearch 08 adalah singkatan kepada Malaysian Dotcom Youth Search 2008 yang telah dianjurkan oleh Youthmalaysia.com baru-baru ni untuk memilih pemenang vote terbanyak pada web atau blog yang berdaftar. Ia diadakan pada bulan lepas (Dec 2007) kalau tak silap aku (kalau salah sila betulkan eh) dan ramai juga peserta yang bertanding termasuk lah aku. kalau korang lihat disana memang banyak website atau blog yang berdaftar untuk mendapatkan tempat pertama kerana hadiah yang ditawarkan memang lumayan. Pada hari ini pemenang telah diumumkan dan aku masih tidak tahu sape yang menang sebab ada kelas pada hari ni.
apa yang mendukacitakan aku adalah ianya dibuat pada hari jumaat dimana ramai yang bekerja dan ada kelas bagi mereka yang diuniversiti dan kolej. termasuk la aku gak. bukankah lagi elok dibuat pada hari sabtu ataupun hari ahad…? aku rasa memang ramai yang tak dapat pergi. termasuk la aku. kalau diikutkan hati memang teringin nak pergi sebab nak memeriahkan lagi majlis dan berjumpa kawan-kawan blog aku. tapi apakan daya, hari tak mengizinkan.
mengenai perkara yang aku tak puas hati adalah pihak YouthSeach08 menyiarkan email para peserta yang bertanding secara umum dan mulalah terjadinya spam. aku rasa ramai jugak yang kene bukan dan ramai juga yang mengadu. termasuk la aku jugak. baru sahaja tadi aku buka email aku, dan didapti terlalu banyak email dari YouthSearch08 dan kesemuanya adalah spam. apa yang dah terjadi ni…? adakah ini matlamat atau sebab pihak YouthSearch menyiarkan email peserta…? bukankah email peserta yang bertanding sepatutnya dibiarkan private. bukankah itu lebih memadai dan jika ingin menyiarkan pun biarlah berpatutan bagi mengelakkan spam yang berleluasa.
bagi aku, perkara ni memang sakit hati sebab tak pernah-pernah lagi email aku kene spam dan kali ni terjadi dan memang banyak spam yang aku terima. tolong lah… aku taknak dah tengok spam2 ni. menyampah lak aku tengok. nak ke aku PAM kepala korang yang buat SPAM nie…? menyusahkan orang je.
MSJBOX FAMILY DAY 08

baru-baru ni bro Junaidix ada membuat perancangan untuk mengadakan hari keluarga 2008 di Teluk Kemang Negeri Sembilan pada bulan Februari 2008. bagi korang yang masih tak tahu lagi pekata korang baca artikel yang aku rembat dari blog bro Junaidix. mane la tahu korang teringin nak pergi. leh la memeriahkan lagi suasana.
Msjbox Family Day 2008 merupakan aktiviti rasmi Msjbox pertama untuk tahun 2008. Tema “family” dipilih kerana dirasakan sesuai untuk melambangkan keakraban dikalangan warga Msjbox sekalian.
Matlamat utama event ini pun masih sama, untuk mengeratkan silaturahim sesama kita dikalangan warga Msjbox dan blogger-blogger yang berkelapangan untuk turut menyertai event ini.
Msjbox Family Day 2008 ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya.
ok… pada sape2 yang nak menurut serta, sila-sila la ke blog bro Junaidix untuk memberitahu. dan bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat mengenainya sila pergi ke sana jugak sebab malas pula aku nak copy semua artikel die. dah la tak mintak izin lagi. huhu… oh ye… aku pun akan turut serta pada Family Day ni bersama beberapa kawan aku. Sape-sape yang nak ikut dan tidak mempunayi kenderaan korang leh tumpang aku (yang berhampiran ngan aku je)
pergi usha Blog bro Junaidix - Family Day 2008

Untuk pengetahuan korang game Holic Online ini baru sahaja dilancarkan bulan lepas iaitu dalam bulan Decembers selama beberapa hari kepada pemain untuk menguji permainan ini dan pada 27 Dec server game ini telah ditutup untuk dikemaskini kepada Open Beta dimana sebelum ni adalah Close Beta. Setelah beberapa hari menunggu akhirnya sudah hampir tiba masanya tarikh pelancaran Open Beta iaitu pada 17 Jan 2008. Holic Online adalah salah satu game online yang aku minat nak main disebabkan jalan cerita, grafik, sistem perlawanan, sistem peliharaan dan sistem leveling yang begitu menarik berbanding game-game online yang lain. Holic Online diketogerikan sebagai MMORPG atau Role Playing Game dan keluarkan oleh Netgame.
Holic Online menyediakan 2 pilihan bangsa iaitu bangsa seneka adalah golongan manusia yang dipanggil Tata bagi lelaki dan Nena bagi perempuan dan bangsa yang lain adalah Koshare iaitu golongan kerdil yang dipanggil Puer bagi lelaki dan Puella bagi Perempuan. Para pemain juga diberi pilihan sebanyak 6 pekerjaan iaitu warrior, monk, bandit, mage, priest dan 1 lagi adalah masih belum diumumkan. Apa yang menarik game holic online ini membenarkan pemain menggunakan 2 watak sekaligus didalam permainan setelah menjalankan 1 misi pada level 13 berbanding kebanyakkan game online yang hanya membenarkan pemain mengawal hanya 1 watak sahaja (selain Gradano Espada).
18 orang
dah komen